Sempena cuti Awal Muharaam 2016 yang lepas telah bersepakat dan berpakat geng-geng kaki pancing di SMK Selirik untuk memancing di kawasan sungai Pelagus. Lokasi yang dituju difahamkan boleh memberikan pulangan hasil ikan yang lumayan jika keadaan cuaca dan menggunakan strategi/umpan yang betul.
Perjalanan dari wharf Kubu, Kapit bermula pada jam 9.11 pagi (sabtu, 1/10/16) menaiki speedbot dengan kekuatan 200 kuasa kuda. Setelah menyusuri laluan sungai yang masih dilitupi hutan tebal dengan sungai yang agak berbatu tajam dan melalui banyak pulau, maka kami akhirnya sampai ke destinasi pada jam 9.43 pagi. Hanya lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke lokasi. Bagaimana pun, jika menggunakan perahu enjin sangkut biasa dengan kelajuan 25 hp, untuk sampai ke lokasi boleh mengambil masa kira-kira 4 jam.. ini bermakna dengan menggunakan speedbot boleh melebihi kelajuan perahu biasa sebanyak 8 kali ganda.
Baru tiba di lokasi memancing.
Bagaimana jika berhasrat untuk menyewa speedbot maka harus dalam kumpulan yang lebih besar kerana sewa yang diminta oleh empunya speedbot agak tinggi iaitu RM600. Itu pun sudah harga kawan2.. Kami seramai 14 orang telah collect2 RM50/orang untuk membayar sewa speedbot tersebut. Bahan2 keperluan lain adalah tanggungjawab sendiri seperti makanan tin dan peralatan memancing. Terdapat juga beberapa orang guru yang secara sukarela membeli barangan seperti barangan memasak, beras dan chicken wings.
Lokasi yang dipilih boleh dikategorikan sebagai jeram yang merbahaya kerana tidak jauh ke hulu dari lokasi kami tersebut pernah terjadi tragedi bot express tenggelam pada tahun 2010 yang meragut nyawa ramai penumpang.. selain itu penulis difahamkan juga bahawa terdapat 2 buah tongkang juga telah tenggelam di situ dimana bangkai kapal tersebut boleh kelihatan semasa air surut.
Lokasi yang dipilih boleh dikategorikan sebagai jeram yang merbahaya kerana tidak jauh ke hulu dari lokasi kami tersebut pernah terjadi tragedi bot express tenggelam pada tahun 2010 yang meragut nyawa ramai penumpang.. selain itu penulis difahamkan juga bahawa terdapat 2 buah tongkang juga telah tenggelam di situ dimana bangkai kapal tersebut boleh kelihatan semasa air surut.
Antara barang keperluan yang dibawa
Sebaik sampai di lokasi dan memungah barangan ke daratan, kebanyakkan daripada rakan tidak sabar2 lagi untuk memancing malah ada yang terus membuka peralatan memancing dan memulakan pemancingan.
Tidak sabar2 untuk memancing.
Tuah agak menyebelahi kerana belum sampai 30 minit, hasil tangkapan pertama iaitu seekor ikan Labang telah berjaya dinaikkan dan disambut dengan riuh rendah pekikan kawan2 yang lain tanda kegembiraan (atau kecemburuan? he2).. Saiz ikan labang yang diperolehi adalah lebih kurang sebesar pangkal betis iaitu kira2 2kg..
Hasil pancingan.
Beberapa ekor ikan labang lagi berjaya dinaikkan selepas itu. Sehingga jam 6 petang lebih kurang 6 ekor Ikan labang telah berjaya dipancing. Beberapa ahli kumpulan yang lain mengambil inisiatif untuk menggunakan perahu yang disewa untuk berpindah tempat ke hilir atau hulu dari tempat utama (port). Ada juga beberapa ahli kumpulan yang melayan hobi menjala ke seberang sungai menggunakan perahu.. hasil yang didapati dengan menggunakan jala juga agak lumayan iaitu dari pelbagai spesies ikan yang lain seperti ikan Sakam, Piat dan juga anak labang.
Antara ikan yang berjaya dipancing.
Menjelang jam 4 pm.. kebanyakkan daripada geng2 pancing kelihatan masing2 mencari tempat bertduh kerana cuaca yang amat panas sehingga merasa seakan2 kulit muka panas perit walaupun ada menggunakan topi lebar..
Selepas makan malam lebih kurang jam 7 malam, geng2 kaki pancing mula beraksi semula kerana difahamkan masa tu adalah masa ikan mencari makanan.. mungkin ada betulnya kerana beberapa ekor ikan labang telah berjaya dinaikkan lagi selepas itu.
Ikan Labang dimasak cara pansuh (masak dalam buluh)
Malangnya, hari yang diharapkan baik dari pagi akan berterusan sehingga pagi berikutnya tidak kesampaian. Lebih kurang jam 8 malam hujan turun dengan lebatnya menyebabkan aktiviti memancing ditangguhkan sementara sambil berteduh di bawah khemah yang diperbuat daripada canvas. Khemah yang agak kecil itu tidak mampu memberi keselesaan menyebabkan ramai yang berpindah ke pondok usang yang telah lama ditinggalkan tidak jauh ke atas.
Akhirnya hujan berhenti lebih kurang jam 10 malam.. beberapa geng2 pancing menyambung aktiviti memancing.. sementara geng2 yang lain yang secara sukarela melantik diri sendiri menjawat tukang masak menjalankan kewajiban menyediakan air panas untuk dibuat kopi/teh atau untuk memasak megi.
sepanjang malam itu tidak banyak ikan lagi yang berjaya dinaikkan.. kenapa dan mengapa sedemikian tidaklah diketahui.. adakah disebabkan hujan yang turun sebelum itu menyebabkan air sungai bertambah deras dan tidak sesuai untuk ikan keluar mencari makan juga adalah tidak diketahui. 2 orang kawan boleh diiktiraf sebagai pemancing hardcore kerana sehingga hari siang masih bertenggek di atas batu menjaga jorang masing2.
Juara menangkap ikan.. dapat ikan paling banyak
Keesokan hari, beberapa geng pancing turut serta memancing. Bagaimana pun, aktiviti memancing terpaksa di'cut short' kerana speedbot yang disewa juga sampai untuk mengambil kami pada jam 8.30 pagi.. Selepas membersihkan kawasan termasuk memungut dan membakar sampah2 yang ada.. akhirnya kami bertolak balik ke pasar kapit pada jam 9 dan sampai di wharf Kubu 30minit kemudian.
Dalam perjalanan balik.. hampir semua mual2 perut disebabkan speedbot yang drift
Akhirnya.. Selamat tiba di Wharf Kubu, Kapit.
Pengalaman menyertai trip memancing seperti ini adalah sesuatu yang seronok bagi penulis sebagai beginner dalam aktiviti memancing malah banyak pengalaman dan pengetahuan baru adalam arena memancing diperolehi daripada kawan2 yang semenangnya expert dalam memancing.
xxx
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
BalasPadamKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com