Selasa, 18 Oktober 2016

Sayur Jarang Ditemui: Daun Tangki



Daun tangki yang sudah dipetik
Terdapat satu jenis sayur yang tidak pernah penulis jumpai di mana-mana tempat di Sarawak seperti di Sri Aman atau Kuching ialah sesuatu yang dipanggil daun 'Tangki' oleh masyarakat Kapit, Sarawak.

Daun Tangki seperti rupa daun semalu. Cuma bezanya, daun semalu mempunyai batang berduri sedangkan Tangki tidak mempunyai duri. Perbezaan lain, batang rumput semalu agak keras dan berzaiz kecil tetapi batang daun tangki agak besar dan berongga di dalam seperti batang kangkung cuma agak keras sedikit. Bau daun Tangki pula agak kuat seperti petai.

Tangkai daun Tangki
Tangkai daun tangki dikatakan boleh ditanam dengan menusukkan hulu tangkainya di tanah yang sesuai untuk tanaman atau mempunyai kelembaban yang mencukupi.

Daun tangki sedap digoreng dengan sedikit minyak masak kemudian dimasukkan bawang putih dan merah seterusnya ikan bilis. Bila ikan bilis agak kekuningan barulah dimasukkan daun tangki dan dibiarkan sebentar sebelum sedia untuk dihidangkan.

Daun tangki setelah dimasak campur ikan bilis

Destinasi Perkelahan: Sungai Mokodou, Kg. Nalumad, Ranau

Sungai Mokodou terletak di daerah Ranau, Sabah. Sungai Mokodou mengalir dari gunung Kinabalu dan melalui kampung Nalumad/Dantayon seterusnya kampung Takutan dan kampung Perancangan.

Sungai Mokodou agak berbatu-batu dan berair jernih serta masih kaya dengan hidupan air. Ramai pengunjung dari luar datang dan memilih sg Mokodou sebagai salah satu lokasi perkelahan kerana airnya yang menyegarkan, jernih dan sejuk.

Terdapat banyak lokasi yang boleh dijadikan tempat perkelahan di sepanjang sg Mokodou. Namun pengunjung luar harus meminta kebenaran daripada AJKKK kampung berkenaan dahulu sebelum berkelah kerana terdapat tempat2 tertentu di sg Mokodou yang dijadikan larangan (tagal/ bombon) untuk mengelakkan kepupusan spesies2 hidupan di sungai tersebut daripada aktiviti perikanan seperti memanah ikan dan merambat (menjala).

Antara carian berkaitan Sungai Mokodou di Google

Aktiviti berkelah di bahagian hilir sg Mokodou (Kg. Perancangan)

Aktiviti berkelah di bahagian hilir sg Mokodou (Kg. Perancangan)

Aktiviti berkelah di bahagian hilir sg Mokodou (Kg. Perancangan)

Aktiviti berkelah di bahagian hilir sg Mokodou (Kg. Perancangan)





Aktiviti berkelah di bahagian hulu sg Mokodou (Kg. Nalumad)
Aktiviti berkelah di bahagian hulu sg Mokodou (Kg. Nalumad)

Aktiviti berkelah di bahagian hulu sg Mokodou (Kg. Nalumad)

Ahad, 16 Oktober 2016

Sungai Sebabai tapak Perkelahan Alternatif di Kapit, Sarawak









Cara-Cara Memanggang Daging Ayam Dalam Tin Biskut

2 batang kayu dipacakkan dan diruncingkan bagi memudahkan apabila menusukkan daging. Bahagian bawah / atas tanah dilapiskan dengan daun untuk kebersihan.

Daging yang sudah diberikan rempah (marinated) ditusukkan ke batang kayu yang diruncingkan.
Sebaik2nya daging tadi tidak menyentuh mana-mana permukaan dinding tin untuk mengelakkan daripada rentung.
Tin ditindih dengan apa-apa pemberat supaya permukaan 'mulut' tin lebih rapat dengan permukaan tanah (haba tidak mudah keluar dari dalam tin).





Hasil setelah dipanggang dalam tin kira2 30 minit.
Hasil yang tidak menjadi disebabkan wujud ruang antara tin dengan tanah (api masuk ke dalam tin).

Masakan Rimba SMK Selirik, Kapit 2015








Ulat Sagu Makanan Eksotik Kaum Iban

Ulat sagu/ ulat mulong atau orang iban menamakannya 'Tindoh' atau 'Matar'  adalah salah satu makanan eksotik kaum Iban. Ulat sagu ini boleh diperolehi daripada batang pokok sawit, kelapa, 'aping', 'pantok' atau sagu . batang tersebut mula2 ditebang dan kemudian dibiarkan untuk beberapa minggu sehingga sejenis serangga menetaskan telur di bekas potongan batang pokok tersebut yang kemudian membesar menjadi ulat sagu.

Batang pokok tersebut akan lebih cepat mempunyai ulat sagu jika dibiarkan dalam keadaan lembab. Maka sebab itu, ramai yang akan menutup batang pokok tersebut yang sudah ditebang menggunakan daun pokok itu sendiri bagi mengelakkan daripada cahaya matahari sekaligus mengekalkan kelembaban batang pokok tersebut.

Bagi menggalakkan penyebaran ulat sagu tersebut ke seluruh ruang dalam batang pokok tersebut maka eloklah untuk melukakan batang pokok tersebut dengan parang atau kapak setiap panjang kira2 1-2 kaki. Pokok yang ditebang dengan menggunakan chainsaw akan melambatkan proses 'jangkitan' ulat sagu disebabkan bau minyak daripada bekas rantai chainsaw tersebut.

Ulat sagu boleh dimasak dengan pelbagai cara..

i) dibakar/dipanggang

ii) digoreng

iii) dibuat bubur dicampurkan dengan nasi bubur.

iv) 'lempis' (dibalut dengan beberapa lapisan daun kemudian dibakar).

 Ulat sagu rasanya sedap berlemak dan sangat populat dikalangan masyarakat Iban. Kaum lain juga minat untuk memakan ulat sagu. bagaimana pun, ulat sagu telah diisyitiharkan haram bagi mereka yang beragama islam. 

Harga ulat sagu biasanya sekitar 20-50 sen seekor.  Selain untuk dimakan, ulat mulong juga boleh dijadkan umpan untuk memancing ikan.


Ulat sagu segar

Ulat sagu yang telah digoreng.

Rabu, 12 Oktober 2016

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (NGO) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2015

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform (NGO) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2015 telah berlangsung pada 2-4 Oktober 2015 bertempat di SMK Tatau, Bintulu.

Perkhemahan tersebut menjadi lebih mencabar disebabkan hujan yang turun sepanjang perkhemahan tersebut. Bagaimana pun, semua aktiviti yang dirancang tetap diteruskan. 

Kesemua bahagian di seluruh Sarawak telah mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah pertandingan kem, membuat gajet, pertolongan cemas, masakan rimba dan memasang jerat.

Pada malam penutup telah diadakan persembahan kebudayaan daripada penganjur sendiri iaitu SMK Tatau. Keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh penganjur sendiri iaitu Tatau diikuti oleh Samarahan. Syabas dan tahniah..


Sesi taklimat pada malam 1

Pertandingan Kem

Pertandingan membuat gajet

Pertandingan membuat gajet

Pengadil Pertandingan

Peserta dari bahagian Kapit

Antara hasil kreativiti peserta

Masakan rimba

Masakan rimba

Masakan rimba

Masakan rimba

Malam penutup